Kru kapal: 1 maut, 3 cedera terhidu gas amonia - Utusan Malaysia

Kru kapal: 1 maut, 3 cedera terhidu gas amonia

WARGA Turki yang mengalami kecederaan selepas terhidu gas amonia di atas kapal MV Hamburg di kedudukan 0.7 batu nautika Barat Daya Pulau Selat Kering tengah malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG: Seorang kru kapal MV Hamburg (Turki) maut selepas terhidu gas amonia di atas kapal tersebut pada kedudukan 0.7 batu nautika Barat Daya Pulau Selat Kering tengah malam tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Kara Turkut merupakan warga Turki berusia 62 tahun.

Turut mengalami kecederaan akibat terhidu gas amonia dua lagi warga Turki iaitu Bayri Emre,32; dan Dagli Murat, 28, serta seorang warga India, Yadav Byasmuni, 50.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru kira-kira pukul 12.19 tengah malam tadi berhubung pemohonan Medical Evacuation (MEDEVAC) dari kapal MV Hamburg.

Menurutnya, maklumat awal didapati kapal tersebut dari Pelabuhan Al-Duqum, Oman menuju ke Pelabuhan Zhanjiang, China.

“Kita telah menggerakkan KM Danga bersama Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Bomba ke lokasi bagi mengambil semua mangsa.

“Kita juga telah memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia bagi bantuan ambulan dan kenderaan membawa mayat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, bot membawa mangsa akan tiba di Jeti Pasukan Polis Marin ( PPM ) pukul 8 pagi nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya