KRI Naggala: Malaysia hantar bantuan - Utusan Malaysia

KRI Naggala: Malaysia hantar bantuan

KERATAN akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapal MV Mega Bakti milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diatur gerak bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) KRI Nanggala yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Menteri Pertahanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi melibatkan 54 kru terdiri dari tujuh pegawai dan anggota TLDM disamping tiga pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta 44 kru MV Mega Bakti.

Katanya, operasi tersebut diatur gerak bagi menyokong pendekatan diplomasi pertahanan dan komitmen negara terutama TLDM kepada antarabangsa berkaitan tugas dan tanggungjawab negara pengendali kapal selam di dunia.

“Saya telah menghubungi rakan sejawat Prabowo Subianto hari ini bagi melahirkan rasa simpati kepada seluruh dan rakyat Indonesia di atas kejadian yang berlaku ke atas kapal selam berkenaan.

“Sebagai negara sahabat, Malaysia melalui TLDM telah mengatur gerak kapal tersebut bagi operasi SAR KRI Naggala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Operasi tersebut diketuai Komander Mohd Hairul Fahmy Yob selaku Koordinator Pasukan Penyelamat.

MV Mega Bakti telah belayar dari Jeti Operasi Markas Pemerintahan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah dan dijangka sampai ke lokasi pada Ahad ini.

Kapal sewaan TLDM ini mempunyai keupayaan utama untuk melaksanakan SAR kapal selam dan ini merupakan operasi kedua melibatkan MV Mega Bakti selepas operasi pencarian MH370 yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi pada tahun 2014.

KRI Naggala dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan kira-kira 95 kilometer dari Bali utara sekitar pukul 3 petang waktu tempatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya