KPDNHEP Selangor periksa 156 premis - Utusan Malaysia

KPDNHEP Selangor periksa 156 premis

PENGUATKUASA KPDNHEP Selangor sedang menjalankan pemeriksaan di salah sebuah premis di Shah Alam, Selangor pada hari pertama Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 yang bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor menjalankan pemeriksaan terhadap 156 premis pada hari pertama pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021.

Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pemeriksaan telah dilakukan oleh pegawai penguatkuasa di peringkat pemborong dan juga peruncit.

“Rata-rata peniaga yang diperiksa telah mematuhi harga kawalan yang ditetapkan dan tiada kesalahan dikesan sepanjang pemeriksaan berlangsung.

“Malah, KPDNHEP Selangor juga masih merekodkan aduan sifar pada hari pertama skim ini dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Pada masa sama, Muhamad Zikril Azan turut memberi amaran dan peringatan kepada mana-mana peniaga supaya mematuhi harga jualan barangan musim perayaan yang dikawal sepanjang tempoh skim ini berlangsung.

“Peniaga juga diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna dengan mengambil keuntungan yang tidak munasabah atau mencatut dalam perjalanan perniagaan dalam menawarkan barangan dan perkhidmatan pada ketika musim perayaan ini.

“Penalti berat akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang ingkar. Mereka juga hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan dan mengamalkan sikap beretika dalam menguruskan perniagaan.

“Pengeluar, pemborong dan peruncit disarankan tidak menaikkan harga secara mendadak selepas berakhirnya pelaksanaan skim ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya