KPD lindungi anak buah dikenakan tindakan - Ayob Khan - Utusan Malaysia

KPD lindungi anak buah dikenakan tindakan – Ayob Khan

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana ketua polis daerah (KPD) sekiranya mereka didapati melindungi anggota dan pegawai yang terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, terdapat anggota dan pegawai polis di sebuah daerah yang sudah lama melakukan kegiatan pemerasan baru sahaja diambil tindakan selepas mangsa tampil membuat laporan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Kata beliau, pihaknya sedang menyiasat sama ada sebelum ini terdapat laporan dibuat kepada ketua polis terlibat tetapi tiada tindakan diambil.

“Sekiranya ada laporan dibuat kepada KPD atau kepada mana-mana ketua jabatan yang tidak diambil tindakan, maklumkan kepada saya. Saya sendiri ambil tindakan ke atas mereka.

“Saya menyeru kepada masyarakat untuk terus salur maklumat kepada saya (salah laku anggota dan pegawai), saya akan ambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Johor, di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, sejak awal tahun sehingga kini, seramai lapan anggota dibuang kerja dengan 12 anggota lagi dikenakan tindakan sama minggu depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya