Kontak rapat kes positif Covid-19, MB Perak kuarantin 14 hari - Utusan Malaysia

Kontak rapat kes positif Covid-19, MB Perak kuarantin 14 hari

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad menjalani kuarantin di rumah untuk tempoh 14 hari mulai hari ini setelah dikesan mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19 dalam satu majlis di Lenggong baru-baru ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Datuk Sham Mat Sahat yang menjelaskan beliau dimaklumkan perkara itu oleh Menteri Besar sendiri.

“Saya dapat maklumat Menteri Besar telah  diminta menjalani kuarantin selama 14 hari kerana mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19  dalam satu majlis di Lenggong baru-baru ini, tapi maklumat lanjut saya tak dapat lagi.

“Pada pukul 5 tadi, beliau meminta saya mewakilkannya untuk majlis berbuka puasa di Batu Kurau pada Jumaat ini. Apabila ditanya sebabnya, Menteri Besar memberitahu beliau telah diminta oleh Jabatan Kesihatan supaya menjalani kuarantin di rumah disebabkan kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19 di Lenggong,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Nuzul al-Quran 1442 Hijrah negeri Perak dan majlis berbuka puasa di Masjid  Sultan Idris Shah II di sini hari ini.

Menurut Sham, sebelum itu hari ini Saarani telah mempengerusikan mesyuarat exco di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

“Ketika itu, beliau belum tahu lagi (kontak rapat dengan kes positif Covid-19) dan setelah kontak rapat di Lenggong disahkan positif Covid-19, barulah beliau diminta menjalani kuarantin,” katanya.

Mengenai Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun juga dikatakan menjalani kuarantin, Sham berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenainya.

Sebelum ini, Saarani telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya