Kolej Tunku Kurshiah ditutup dua hari - Utusan Malaysia

Kolej Tunku Kurshiah ditutup dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sekolah berasrama penuh, Kolej Tunku Kurshiah di sini menjadi salah satu daripada empat buah sekolah yang diarahkan tutup sementara selama dua hari di negeri ini berikutan terdapat pengesanan kes positif Covid-19 di sekolah terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, tiga buah sekolah lagi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sirusa, Port Dickson, Sekolah Menengah Agama (SMA) Rembau dan SK Sega, Rantau dekat sini.

Jelasnya, keempat-empat sekolah terbabit ditutup bermula hari ini sehingga esok atas nasihat daripada pejabat kesihatan daerah (PKD).

“Sekolah ini ditutup bagi membolehkan PKD membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi.

“Penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh PKD yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penambahan empat buah sekolah ini menjadikan sebanyak 35 buah sekolah telah diarahkan tutup di seluruh negeri ini sejak 22 April lalu. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya