Kluster Jalan Dataran babitkan pusat tahfiz - Utusan Malaysia

Kluster Jalan Dataran babitkan pusat tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kluster Jalan Dataran yang merupakan kluster terbaharu direkodkan di negeri ini adalah membabitkan sebuah pusat tahfiz yang terletak di Dataran Sentral dekat sini.

Kluster pendidikan tersebut hari ini telah mencatatkan penambahan sebanyak 88 kes baharu dengan jumlah keseluruhan kes dari kluster berkenaan setakat hari ini sebanyak 96 kes dengan sejumlah 151 individu telah disaring.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, kluster berkenaan melibatkan lima daerah iaitu Seremban, Port Dickson, Jempol, Jelebu, dan Tampin. 

“Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-400758 dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April lalu hasil saringan individu bergejala. 

“Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Dataran Sentral 3, Dataran Sentral, Seremban,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Veerapan berkata, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, terdapat 136 kes baru positif Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS), menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 dicatatkan di negeri ini adalah sebanyak 18,750 kes. 

Menurutnya, terdapat satu kes kematian berkaitan Covid-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC JKNNS hari ini.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya