KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah melonjak kepada 172 pada hari ini berbanding 82 kes semalam, susulan peningkatan kes yang membabitkan pelajar Sekolah Menengah Agama (SMKA) Kota Kinabalu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun menerusi ciapan twitter memaklumkan, daripada 82 kes yang dilaporkan di Kota Kinabalu hari ini, 72 kes adalah dari kluster Jalan Khidmat yang melibatkan pelajar SMKA Kota Kinabalu.
Sekolah itu diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 18 April hingga 1 Mei ini.
Sekolah tersebut ditutup selama 14 haru bermula 13 April bagi kerja pembersihan dan disinfeksi. Sehingga kini, kluster Jalan Khidmat ini merekodkan 65 kes positif.
Masidi berkata, Tawau kekal merekodkan kes yang tinggi dengan 42 kes diikuti Lahad Datu 15 kes dan Putatan enam kes. Untuk hari ini, tiada kes baharu dicatatkan di 14 daerah di Sabah.
Dengan tambahan 172 kes baharu itu, kumulatif kes di Sabah adalah sebanyak 57,164 kes. – UTUSAN ONLINE