Kilang proses premix bitumen didenda RM100,000 - Utusan Malaysia

Kilang proses premix bitumen didenda RM100,000

KILANG memproses pembuatan premix bitumen didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor hari ini kerana mengeluarkan habuk tanpa kawalan sehingga mencemarkan udara tiga tahun lalu. IHSAN JAS SELANGOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Padah menimpa sebuah kilang memproses pembuatan premix bitumen (bahan untuk jalan tar) apabila didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana mengeluarkan habuk tanpa kawalan sehingga mencemarkan udara tiga tahun lalu.

Hakim Ariffin Razali menjatuhkan hukuman itu selepas syarikat tersebut selaku orang kena saman (OKS) yang diwakili pengarahnya mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Syarikat yang beroperasi di Jalan Bukit Kapar Kuari di sini didapati bersalah melakukan semua kesalahan itu pada 5 November 2019.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar dalam kenyataannya berkata, bagi pertuduhan pertama, syarikat itu didakwa telah gagal mengemukakan pemberitahuan bertulis berkenaan pemasangan sistem kawalan pencemaran udara.

“Syarikat berkenaan juga didakwa gagal mengendali sistem kawalan pencemaran udara dan memastikan sistem kawalan pencemaran udara berfungsi dengan baik.

“Pihak premis juga dituduh gagal memastikan sistem kawalan pencemaran udara diselia oleh orang yang berwibawa. Seterusnya syarikat tersebut juga didakwa gagal menjalankan pemantauan prestasi sistem kawalan pencemaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Nor Aziah, syarikat tersebut melakukan semua kesalahan mengikut Peraturan 9(b), 5(1)(b), 7(3) dan 7(4) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

“Kita akan mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi kepada penjenayah alam sekitar.

“Orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya