Ketua Pemuda UMNO Kedah letak jawatan Pegawai Khas Menteri Besar - Utusan Malaysia

Ketua Pemuda UMNO Kedah letak jawatan Pegawai Khas Menteri Besar

MOHD. Fadzil Zolkipli (depan, tengah) menunjukkan kenyataan dibacakannya selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pegawai Khas Menteri Besar Kedah di Alor Setar, hari ini. - UTUSAN/MOHD. RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Fadzil Zolkifli meletak jawatan sebagai Pegawai Khas Menteri Besar berkuat kuasa serta merta.

Surat peletakan jawatan tersebut diserahkan kepada wakil Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Datuk Armishah Siraj, hari ini.

Peletakan jawatan tersebut dilihat berkait rapat dengan ucapan Mohd. Fadzil pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini berkaitan dilema yang dihadapi beliau semasa bertugas di pejabat Menteri Besar.

Beliau berkata, peletakan jawatan itu juga demi kepentingan semangat Muafakat Nasional (MN) di Kedah, selain bimbang hubungan UMNO dan Pas menjadi retak serta dingin.

“Begitu pun saya ingin menegaskan bahawa apa yang saya nyatakan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini adalah benar dan bukan ditambah perisa bagi menyedapkan ucapan semata-mata.

“Berdepan situasi dikritik dan dikutuk telah beberapa kali berlaku melibatkan beberapa isu berbangkit seperti i-Sinar, moratorium dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam ucapan tersebut, Mohamad Fadzil mendakwa, beliau terkontang-kanting sebagai satu-satunya pegawai khas dari UMNO di Pejabat Menteri Besar selain berdepan kutukan berhubung isu i-Sinar dan moratorium diperjuangkan Pemuda UMNO.

Berikutan itu, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor menerusi Facebooknya telah membuat teguran kepada Mohd. Fadzil yang didakwa tidak bercakap benar hingga menimbulkan persepsi bahawa pegawai khas Menteri Besar dari UMNO, seolah-lah dibuli.

Mengulas lanjut, Mohd. Fadzil berkata, sejak isu itu dibangkitkan, beliau tidak pernah diberi ruang untuk memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku kepada Muhammad Sanusi.

“Begitu pun saya yakin, Menteri Besar tak perlu dipersalahkan dalam hal ini kerana beliau mungkin tidak faham situasi sebenar tentang apa yang berlaku. Malah penulisan di laman Facebooknya itu pun, saya andaikan bukan datang dari Muhammad Sanusi sendiri.

“Saya kenal sangat Menteri Besar dan rasanya beliau telah diberi kefahaman salah oleh seseorang yang mungkin terasa dengan perkara dinyatakan dalam Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari.

“Individu berkenaan mungkin mempengaruhi Menteri Besar dan sebab itu saya anggap Muhammad Sanusi tidak bersalah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya