Ketua Cawangan Logistik TLDM direman enam hari - Utusan Malaysia

Ketua Cawangan Logistik TLDM direman enam hari

SUSPEK berpakaian lokap SPRM dibawa ke mahkamah bagi perintah tahanan reman di Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/MOHAMAD FAIZAL HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Cawangan Logistik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan atas tuduhan membabitkan tuntutan palsu berjumlah RM24,250.

Majistret Nur Izzaty Muhammad Zahari memerintahkan reman berkenaan terhadap suspek selepas dimohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.

Suspek yang berusia 36 tahun itu ditahan reman sehingga 13 April ini.

Reman itu bagi membantu siasatan bersubahat dan memperakukan pesanan kerajaan seterusnya mengemukakan tuntutan palsu berkaitan perkhidmatan mencetak beg kertas dan perkhidmatan mencetak gegantung.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan untuk pesanan membabitkan Markas KD Sultan Ismail, Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM Tanjung Pengelih Mukim Pengerang, Kota Tinggi yang berjumlah RM24,250 sedangkan pembekalan tersebut tidak pernah dibuat.

Suspek ditahan reman mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Semalam, suspek yang bertugas sebagai Ketua Cawangan Logistik ZA20 di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM Sungai Lunchoo ditahan di Pejabat SPRM Johor pada pukul 10 pagi.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya