Ketibaan Syawal bawa rezeki tambahan kepada pengusaha nurseri - Utusan Malaysia

Ketibaan Syawal bawa rezeki tambahan kepada pengusaha nurseri

NOR Hidayad Abdullah bersama tanaman jenis keladi di nurserinya di Kampung Sungai Pinggan, Benut, di Pontian, Johor. – UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kedatangan Aidilfitri kurang dua minggu lagi akan makin berseri sekiranya rumah kediaman turut dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan yang segar dan mewangi seiring dengan bulan Syawal yang mulia.

Bagi pengusaha Riyadhs Agro Garden, Nor Hidayad Abdullah, 34, telah bersedia menanti  kunjungan pelanggan pada 10 Ramadan terakhir bagi mereka menghias rumah pada saat-saat akhir.

Katanya, terdapat berpuluh jenis bunga-bungaan di nurserinya sama ada bagi hiasan ‘outdoor’ dan ‘indoor dengan sifat yang tahan panas atau kurang tahan panas disediakan untuk pilihan para pembeli yang datang berkunjung.

Menurutnya, seperti mana sambutan Tahun Baharu Cina, pihaknya juga menerima kehadiran   masyarakat Tionghua pada saat-saat akhir yang membelinya sehingga tidak cukup tangan untuk melayan.

“Antara tanaman yang kami tawarkan termasuklah pelbagai jenis keladi seperti Caladium, Alocasia, Alocasia black ripple, Alocasia black magic, Alocasia tea cup, Caladium USA, Caladium Thai, Caladium Festivia dan Caladium Praetermissum,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Sungai Pinggan, Benut, di sini, baru-baru ini.

Menceritakan perjalanannya dalam bidang itu, ujar Nor Hidayad, sebelum membuka nurseri, dia mengusahakan tananam cili fertigasi, menternak madu kelulut, berniaga di pasar tani sebelum beralih kepada nurseri disebabkan Covid-19 pada Jun tahun lalu.

“Syukur usaha ini berjaya mendatangkan pendapatan tetap di mana sebelum ini juga saya menjalankan perniagaan menjual pakaian secara atas talian ketika tinggal di Selangor,” ujarnya yang dibantu isteri, Nurul Syazreen Abdul Rahman, 31.

Kedua-dua mereka yang merupakan bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai pemegang ijazah dalam bidang komputer perniagaan dan perakaunan tanpa ada latar belakang pertanian.

Bagaimanapun kata Nor Hidayad, pada tahun 2018, dia terpaksa balik ke Pontian kerana bapa mentuanya terkena penyakit angin ahmar yang memerlukan isterinya menjaga sepenuh masa

“Pelbagai kerja saya lakukan ketika itu seperti menjadi pemandu e-Hailing, pemandu peribadi, manakala isteri menjaga ayahnya dan mengurus anak-anak kami sebelum beralih kepada bidang pertanian,” ujarnya.

Katanya, sejak membuka nurseri, sambutan daripada orang ramai khususnya peminat bunga hiasan cukup mengalakkan dengan pemasaran turut dilakukan melalui media sosial seperti Facebook.

Mengenai perniagaan bunga-bungaan setakat ini, mereka mampu mencapai jualan antara  RM20,000 sehingga RM50,000 sebulan bergantung kepada jumlah permintaan pada tempoh tersebut.

“Riyadhs Agro Garden turut menjual pelbagai produk seperti sayur-sayuran segar, anak-anak benih, baja, madu kelulut asli dan acar buah bagi mempelbagai lagi perniagaan dan menambah pendapatan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya