Kes positif lebih 2,000 kes; 15 kluster; 10 kematian - Utusan Malaysia

Kes positif lebih 2,000 kes; 15 kluster; 10 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini merekodkan kes positif baharu Covid-19 iaitu 2,148 kes mengatasi kes sembuh hampir 1, 000 kes iaitu 1,259 kes.

Sebanyak 15 kluster dan 10 kematian dan tujuh kluster direkodkan manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 17,575 kes berbanding semalam iaitu 16,696 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 212 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 82 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Sarawak kembali menjadi negeri tertinggi iaitu 512 kes diikuti Selangor; 459 kes; Kelantan, 221 kes; Sabah, 202 kes; Johor, 182 kes; Kuala Lumpur, 171 kes dan Pulau Pinang, 134 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Terengganu, 57 kes; Melaka, 53 kes; Perak, 51 kes; Negeri Sembilan, 34 kes; Pahang, 34 kes dan Kedah, 26 kes.

“Putrajaya pula, lapan kes; Labuan, tiga kes dan Perlis, satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN