Kes ingkar naik lagi dengan ramai ditahan tidak daftar masuk premis - Utusan Malaysia

Kes ingkar naik lagi dengan ramai ditahan tidak daftar masuk premis

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam terus naik dengan 314 individu dicekup berbanding 295 individu diberkas kelmarin.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 297 dikompaun manakala 17 lagi direman dengan kesalahan tertinggi ialah masih lagi gagal mendaftar masuk premis. 

Kesalahan tersebut ujar beliau, merekodkan 191 kes diikuti tidak memakai pelitup muka (59), tiada pematuhan jarak fizikal (22), masuk/keluar kawasan PKPD (tiga) dan lain-lain (39).

“Seramai 13 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) turut ditahan melalui Operasi Benteng dengan sebanyak 160 bot atau kapal yang dicurigai dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 783 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemuanya telah diarah untuk menjalani proses mandatori itu di sejumlah stesen kuarantin.

Seramai 1,704 individu terbabit telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, manakala 179,152 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah masing-masing selepas dikuarantin.

Sementara itu, beliau memberitahu tiada pekerja asing didapati positif Covid-19 melalui sejumlah 438 pekerja asing disaring.  -UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya