Kes aktif Covid-19 lebih 28,000 kes - Utusan Malaysia

Kes aktif Covid-19 lebih 28,000 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan merekodkan pertambahan kes aktif Covid-19 melebihi 1,000 kes iaitu 28,093 kes berbanding semalam, 26,719 kes. 

Bagi kes hari ini, pertambahan kes aktif sebanyak 1,374 direkodkan manakala sebanyak 309 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 147 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia merekodkan jumlah kes positif baharu melebihi 3,000 kes iaitu 3,332 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 1,943 kes. 

Katanya, sebanyak 15 kes kematian dan 12 kluster direkodkan manakala empat kluster tamat hari ini. 

“Selangor pula merekodkan kes tertinggi kes positif baharu iaitu 1,083 kes diikuti Sarawak, 522 kes; Kelantan, 401 kes; Kuala Lumpur, 359 kes; Johor, 207 kes; Pulau Pinang, 158 kes; Sabah, 131 kes; Negeri Sembilan, 111 kes dan Kedah, 105 kes. 

“Negeri yang merekodkan kes dua angka iaitu Pahang, 92 kes; Perak, 91 kes; Melaka, 43 kes dan Terengganu, 19 kes. Baki negeri pula, Putrajaya, sembilan kes dan Perlis, satu kes manakala Labuan, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dr. Noor Hisham berkata, 15 kematian melibatkan empat kes di Kelantan; empat kes di Kuala Lumpur, tiga kes di Selangor, dua  kes di Sarawak manakala Johor dan Sabah, masing-masing satu kes dengan 14 kematian adalah warga tempatan dan satu warga asing. 

“Kes melibatkan enam lelaki dan sembilan wanita termasuk satu warga asing berusia antara 26 hingga 91 tahun dengan mempunyai pelbagai latar belakang penyakit. 

“Antaranya kencing manis, darah tinggi, obesiti, jantung, buah pinggang kronik, jantung, dan strok, dislipidemia, kanser paru-paru dan paru-paru obstruktif kronik,” katanya. 

Mengulas mengenai 12 kluster baharu, beliau berkata, empat kluster komuniti, tiga kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan dan tiga kluster tempat kerja serta dua kluster keagamaan.

Empat kluster komuniti katanya, Kluster Bukit Rotan melibatkan Kuala Selangor, Sabak Bernam, Petaling, dan Klang, Selangor serta Port Dickson, Negeri Sembilan, 16 kes; Kluster Sileng Dayak melibatkan Lundu dan Kuching, Sarawak, 72 kes serta Kluster Kampung Pemanok di Machang, Kelantan, 27 kes dan Kluster Raub Jaya melibatkan Raub, Lipis, dan Bentong, Pahang,  54 kes. 

“Tiga kluster pendidikan, Kluster Tabuan Jaya melibatkan Kuching, Serian, dan Samarahan, Sarawak, 22 kes serta Kluster Batu Lada melibatkan Kuala Krai dan Machang, Kelantan, 21 kes dan Kluster Jalan Abdul Rahman Andak di Johor Bahru, Johor, 12 kes. 

“Kluster tempat kerja merekodkan tiga kluster iaitu Kluster Jalan RP Tiga melibatkan Gombak dan Hulu Selangor, Selangor,  46 kes serta Kluster Jalan Tiga Belas – Tiga di Petaling, Selangor,  14 kes dan Kluster Jalan Adika Raja melibatkan Hulu Perak, Perak dan Baling, Kedah,  34 kes,” katanya. 

Tambahnya, dua kluster keagamaan pula iaitu Kluster Kampung Parit Bunga di Tangkak, Johor, lapan kes dan Kluster Jalan Pokok Assam melibatkan Larut, Matang, dan Selama, Perak, 14 kes. 

“Kluster yang tamat pula iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Usahawan, Kluster Jalan Azlan, Kluster Banggol Chicha, dan Kluster Jalan Sebelas,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya