Kertas siasatan Neelofa langgar SOP siap - Utusan Malaysia

Kertas siasatan Neelofa langgar SOP siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis telah melengkapkan kertas siasatan selebriti popular, Neelofa dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis pernikahannya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan telah dilengkapkan selepas kesemua keterangan individu berkaitan selesai diambil keterangan.

“Kertas siasatan telah dihantar ke Bukit Aman sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini ramai individu diambil keterangan bagi membantu siasatan termasuk pasangan suami isteri itu serta ahli keluarga mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Terdahulu, Neelofa melalui video tampil memohon maaf berhubung kontroversi pelanggaran SOP ketika pernikahannya dan lawatan ‘kerja’ di Pulau Langkawi, Kedah.

Katanya, dia kurang sensitif terhadap perkara itu sehingga menimbulkan kemarahan netizen.

Jelasnya, dia dan PU Riz akan menerima dengan hati yang terbuka keputusan dan tindakan daripada pihak berkuasa.

“Saya seikhlas hati memohon maaf atas kesalahan SOP, dalam pengetahuan saya atau di luar pengetahuan saya tentang dua isu ini,” katanya.

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Ini susulan satu gambar tular di media sosial menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya