#kerajaangagal hanya taktik kosong segelintir influencer media sosial - Utusan Malaysia

#kerajaangagal hanya taktik kosong segelintir influencer media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tanda pagar #kerajaangagal yang tular di media sosial tidak mencerminkan pendapat sebenar rakyat dan hanyalah taktik kosong yang digembar-gemburkan sebilangan kecil ‘influencer’ media sosial.

Exco Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada), Harris Idaham Rashid berkata, perkara itu berdasarkan kesimpulan tinjauan Merdeka Center apabila 67 peratus responden berpuas hati dengan prestasi Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Katanya, yang lebih memberangsangkan adalah 83 peratus masyarakat Melayu dan 66 peratus kaum India mengutarakan persetujuan terhadap Perdana Menteri manakala masyarakat Cina pula 30 peratus.

“Armada berpuas hati dengan penerimaan hasil dapatan ini kerana ia jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri sangat kukuh dalam kalangan orang Melayu manakala bukan Melayu dalam keadaan stabil.

“Malah bahawa 79 peratus orang muda dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun berpuas hati dengan prestasi Muhyidddin sekali gus fakta ini menguatkan pendirian Armada bahawa kami menyokong penuh kemasukan pengundi 18 tahun ke atas di dalam daftar pemilih kerana yakin mereka akan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Harris Idaham lagi, hasil kajian itu juga menunjukkan 70 peratus responden berpuas hati dengan kerajaan PN dalam mengurus pandemik Covid-19 dan langkah-langkah diambil dalam memulihkan ekonomi diterima baik.

Katanya, Armada akan terus menjadi pendorong utama kerajaan untuk meneruskan pendorong utama kerajaan untuk meneruskan pentadbiran yang cemerlang ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya