Kerajaan Pusat akan hilang berbilion hasil cukai jika `perang air' tidak ditangani - Utusan Malaysia

Kerajaan Pusat akan hilang berbilion hasil cukai jika `perang air’ tidak ditangani

IR JASENI MADINSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Persekutuan akan kehilangan berbilion-bilion hasil cukai serta potensi pelaburan langsung asing (FDI) ekoran krisis air di Pulau Pinang sekiranya `perang air’ antara negeri itu dengan Kedah tidak ditangani.

Malah sekiranya hutan hujan Ulu Muda dan Sungai Muda terjejas disebabkan aktiviti pembalakan dan potensi perlombongan sumber nadir bumi (REE), Kerajaan Persekutuan juga akan kehilangan berbilion-bilion lagi hasil cukai dari Perlis dan Kedah.

Disebabkan itu, `perang air’ antara Pulau Pinang dan Kedah ketika ini perlu dilihat dalam konteks lebih luas yang mana kesannya bukan hanya kepada kedua-dua negeri tersebut malah turut melibatkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) termasuk Perlis.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PBA Holdings Bhd., Datuk Ir. Jaseni Madinsa berkata, gabungan KDNK Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang dianggarkan RM147.8 bilion pada 2019 jauh lebih besar daripada pendapatan dari aktiviti pembalakan dan perlombongan REE.

“Kerajaan Persekutuan memberi tumpuan kepada vaksinasi Covid-19 secara besar-besaran untuk membolehkan pemulihan sosio ekonomi segera dan bekalan air juga adalah keperluan penting untuk pemulihan sosio ekonomi.

“Perlis, Kedah dan Pulau Pinang seperti negeri-negeri lain di Malaysia kini berusaha ke arah pemulihan daripada pandemik Covid-19.

“Oleh itu, krisis air di NCER pada waktu ini bukan hanya akan meningkatkan lagi krisis kesihatan melibatkan 4.2 juta penduduk di ketiga-tiga negeri, malah akan memberi kesan kepada ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jaseni turut mempersoalkan mengapa Kerajaan Negeri Kedah sehingga kini tidak secara terbuka menuntut pampasan RM100 juta daripada Kerajaan Pusat kerana melindungi dan memelihara Ulu Muda.

Sedangkan kata beliau, Kerajaan Pusat pada 2019 misalnya telah mengumpul kira-kira RM16.4 bilion hasil cukai daripada kegiatan ekonomi di NCER yang mendapat manfaat sumber air dari Ulu Muda.

“Tiada sebarang penjelasan mengapa Kedah enggan mendapatkan pampasan Persekutuan.

“Tentunya, Menteri Besar Kedah sedar peratusan cukai yang sangat tinggi yang dibayar rakyat dan perniagaan di Kedah perlu dibayar kepada Kerajaan Persekutuan.

“Senario cukai Persekutuan yang sama juga berlaku di Perlis dan Pulau Pinang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya