Kerajaan Kedah beri jaminan tidak seleweng wang rakyat - Utusan Malaysia

Kerajaan Kedah beri jaminan tidak seleweng wang rakyat

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri memberi jaminan tidak akan menyeleweng dan menggunakan wang rakyat secara sewenang-wenangnya daripada Kumpulan Wang Disatukan dalam tempoh darurat ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, setiap perbelanjaan daripada Kumpulan Wang Disatukan tetap mematuhi prosedur dan peraturan untuk mengelakkan pembaziran, sebaliknya memberi faedah kepada negeri serta rakyat.

Beliau berkata, wang yang dibelanjakan itu benar-benar menepati keperluan kerajaan negeri dan rakyat.

“Walaupun tanpa melalui legislatif, peraturan kewangan ini sangat ketat yang mana kita turut mempunyai audit luar, audit dalaman, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan sebagainya.

“Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui dan saya fikir tak ada ruang untuk Menteri Besar mahu pun Ketua Menteri buat sembarangan, katanya dalam sidang akhbar selepas Sambutan Hari RTM ke-75 peringkat negeri Kedah di Kompleks Penyiaran Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Warta kerajaan Persekutuan hari ini yang memberi kuasa kepada perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar untuk meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya