Kerajaan Johor beri jaminan sehaluan dengan Pusat - Utusan Malaysia

Kerajaan Johor beri jaminan sehaluan dengan Pusat

HASNI Mohammad (tiga kanan) melepaskan belon udara sebagai simbolik 75 tahun RTM sempena Majlis Ulangtahun ke-75 RTM di Jabatan Penyiaran Sultan Iskandar di Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri memberi jaminan akan terus mendokong serta menyokong usaha yang dilakukan kerajaan Persekutuan dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, usaha itu bagi memastikan program dan perancangan kerajaan akan dapat dilaksanakan mengikut jadual.

“Ini adalah menjadi tanggungjawab dan hasrat kerajaan negeri untuk menterjemahkan perancangan kerajaan pusat sebaik mungkin.

“Maka, pendekatan dan kaedah yang diamalkan kerajaan akan kita teruskan untuk meletakkan kepentingan kerajaan dan rakyat di barisan paling hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhyiddin yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang menyatakan sokongan terhadapnya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Pelancaran Sambutan Hari RTM Ke-75 di Auditorium Perkara Sari, RTM Johor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, setakat hari ini, tiada keputusan berhubung penarikan sokongan tersebut kerana Bersatu lebih memikirkan soal menjaga kemaslahatan di negeri itu.

“Kita akan terus bersama-sama. Itu janji kita, bukan untuk UMNO, tetapi negeri Johor,” tegas Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor dan Perikatan Nasional (PN) Johor di Putrajaya, semalam.

Muhyiddin turut meluahkan harapan supaya keadilan diberikan kepada parti tersebut di Johor termasuk isu pelantikan ketua-ketua kampung yang membangkitkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak.

Mengulas lanjut mengenai pelantikan ketua-ketua kampung, Hasni memberitahu, pelantikan dibuat adalah mengambil kira pendekatan yang tidak berbentuk politik.

Katanya, pelantikan dibuat hanyalah untuk memastikan rakyat diwakili ketua kampung yang benar-benar dapat memikul amanah dan bertanggungjawab dengan sebaik mungkin.

“Tidak jadi isu soal pelantikan ketua-ketua kampung ini. Untuk itu, saya telah memaklumkan kepada pegawai daerah untuk memantau dan pastikan tanggungjawab dan tugas diberikan dapat dijalankan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya