Kerajaan cadang tambah vaksin berkesan terhadap varian Afrika Selatan - Utusan Malaysia

Kerajaan cadang tambah vaksin berkesan terhadap varian Afrika Selatan

KHAIRY Jamaluddin (kiri) bersama Hasni Mohammad ketika menghadiri mesyuarat tertutup tahap kesiapsiagaan Negeri Johor bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Kota Iskandar, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan sedang mempertimbang menambah vaksin berkesan terhadap varian Covid-19 yang agresif dari Afrika Selatan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, buat masa ini, pihaknya sedang mengikuti perkembangan berkenaan varian baharu yang dilaporkan dikesan di negara ini.

Kata beliau, pihaknya juga akan mengambil maklum data klinikal yang diterbitkan dengan keberkesanan vaksin terhadap varian tersebut.

“Varian agak agresif adalah dari Afrika Selatan yang sudah pun dikesan di Malaysia, ini menyumbang kepada pertimbangan kepada pembelian vaksin berkaitan.

“Bagi portfolio vaksin kita sedang pertimbang menambah vaksin yang berkesan terhadap varian ini (Afrika Selatan). Ada beberapa vaksin yang dilaporkan data mereka bahawa vaksin ini masih berkesan terhadap varian Afrika Selatan sebagai contoh Pfizer, Novavax dan Johnson and Johnson,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat tertutup tahap kesiapsiagaan Negeri Johor bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya