Kek, biskut penerus kehidupan - Utusan Malaysia

Kek, biskut penerus kehidupan

SABRINA Mustafa menunjukkan kek dan biskut buatannya dengan tempahan boleh dilakukan melalui akaun Facebook miliknya, Camilo By Sabby. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Selepas diberhentikan tugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan, Sabrina Mustafa, 42, tidak menoleh ke belakang apabila dia mengisi waktu de­ngan mempelajari pembuatan kek dan biskut.

Dia belajar daripada ibunya, Norizah Mohd. Noor di Butterworth, Pulau Pinang selama enam bulan ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain ketiadaan jadual penerbangan ekoran larangan ke luar negara.

“Selepas terkesan akibat PKP dan tidak mempunyai sebarang penerbangan kerana saya bukan kru aktif, saya tersangkut pula di rumah keluarga di Pulau Pinang selama enam bulan dan pada waktu itulah saya sempat belajar buat beberapa jenis kuih raya dan kek dengan ibu yang sememangnya penjual kuih raya.

“Saya mula menjual Kek Stim Puding Karamel bermula de­ngan lapan biji yang ditempah pelanggan melalui media sosial dan sehingga kini saya mampu menjual 300 biji kek sebulan. Menjelang perayaan Aidilfitri, memang saya akui kini tidak menang tangan menerima tempahan pelanggan,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di Nilai, semalam.

Ibu tunggal yang mempu­nyai dua orang anak berusia tiga hingga lapan tahun itu menambah, dia menjual empat jenis kek iaitu Kek Stim Pu­ding Karamel, Kek Coklat Moist, Kek Rainbow Rasberry Sos dan Kek Marble Kukus manakala biskut yang dijual adalah Butterscotch Crispy, Teratai dan Nestum Meletop.

“Sehingga kini saya tidak menyangka jualan kek dan biskut raya ini mendapat sambutan selepas lapan bulan menjalankan perniagaan di rumah.

“Sebelum ini, saya juga ada menghantar biskut dan kek di beberapa buah kafe dan mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan yang memberitahu Kek Stim Puding Karamel buatan saya sedap dan tidak terlalu manis,” katanya.

Jelas Sabrina, orang ramai yang ingin membuat tempahan kek dan biskut sempena Aidilfitri boleh melakukannya menerusi akaun Facebook miliknya iaitu Camilo By Sabby.

“Sambutan memang sangat baik dan kini memang menjadi hasrat saya satu hari nanti untuk membuka sebuah kafe yang menjual pelbagai jenis kek dan biskut,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sejak menjalankan perniagaan tersebut, dia mempunyai ba­nyak masa di rumah dan bersama anak-anak berbanding sebelum ini sibuk bertugas di awan biru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya