Kebenaran ulang-alik harian pekerja Malaysia di Singapura masih dalam pemerhatian - Utusan Malaysia

Kebenaran ulang-alik harian pekerja Malaysia di Singapura masih dalam pemerhatian

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Perjalanan ulang-alik harian pekerja Malaysia di Singapura yang selesai menerima dua dos vaksin Covid-19 di negara itu masih lagi tidak dapat diputuskan buat masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kementerian perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum membuat keputusan membenarkan mereka berulang-alik secara harian di sempadan Malaysia-Singapura.

“Ia melibatkan kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Singapura. Kita masih tidak benarkan rakyat kita melintas negeri buat masa ini. Bagi keperluan rakyat untuk berulang-alik antara dua negara kita perlu tangguhkan dulu keputusan mengenainya.

”Walaupun ada rakyat Malaysia telah lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin di Singapura sejak Februari lalu, kebenaran rentas negara masih perlu diperhalusi bersama pihak Singapura bergantung kepada kes semasa kedua-dua buah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa Program Malaysia Prihatin Vaksinasi Covid-19 peringkat daerah Segamat di Dewan Muafakat, Taman Yayasan Segamat, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya