Kayu spesies Swan Timber bernilai setengah juta dirampas - Utusan Malaysia

Kayu spesies Swan Timber bernilai setengah juta dirampas

KAYU spesies Swan Timber bernilai kira-kira RM500,000 dari Australia dan Hungary dirampas Maqis di NBCT, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri menggagalkan cubaan membawa masuk kayu spesies Swan Timber di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini.

Pengarahnya, Noriah Dahlan berkata, kayu sebanyak 83.966 meter kubik (MTQ) bernilai RM500,191 itu dirampas dari tiga buah kontena semasa pemeriksaan rutin di tapak pemeriksaan kontena NBCT, kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

“Produk yang diimport dari Australia (21.3 MTQ) dan Hungary (62.3 MTQ) itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal mematuhi syarat import yang dinyatakan pada permit import yang diluluskan Maqis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, kegagalan mematuhi piawaian yang ditetapkan pada syarat permit import yang sah adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Jika sabit kesalahan jelasnya, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam (6) tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) akta yang sama.

“Maqis sentiasa bersedia melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian, ikan dan haiwan yang masuk atau keluar dari negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Ini bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan selamat di negara ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya