Kapal persiaran mewah ditahan berlabuh tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Kapal persiaran mewah ditahan berlabuh tanpa kebenaran

KAPAL penumpang dari Bahamas yang ditahan kerana berlabuh tanpa kebenaran di Tanjung Siang, Kota Tinggi, Johor. - IHSAN MARITIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sebuah kapal penumpang dari Bahamas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor kerana berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 14.5 batu nautika timur laut Tanjung Siang, dekat sini semalam.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal berkenaan ditahan kapal ronda Maritim Malaysia kira-kira pukul 12 tengah hari dalam operasi membanteras aktiviti bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur.

Katanya, siasatan mendapati kapal itu dikendalikan 63 kru berusia antara 23 tahun hingga 65 tahun terdiri daripada warga Malaysia, China, Croatia, Indonesia, Nepal, Filipina, Finland, Singapura, Sweden serta United Kingdom.

“Master dan seorang kru kapal tersebut dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk disiasat di bawah Seksyen 491(B)(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

“Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nurul Hizam berkata, sepanjang minggu lepas, pihaknya menahan sebanyak 11 kapal dagang atas kesalahan sama iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia. – UTUSAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya