Kadar jangkitan Covid-19 rendah selepas vaksinasi - Utusan Malaysia

Kadar jangkitan Covid-19 rendah selepas vaksinasi

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jangkitan Covid-19 masih boleh berlaku selepas divaksinasi namun kadar kebolehjangkitan itu adalah jauh lebih rendah.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, tujuan utama vaksin Covid-19 adalah mengurangkan gejala teruk wabak itu selepas dijangkiti.

Kata beliau, selain itu, langkah vaksinasi boleh melindungi daripada kematian, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) atau memerlukan bantuan pernafasan sekali gus mengurangkan beban kepada sistem kesihatan.

“Jangkitan boleh berlaku tapi kadar yang jauh lebih rendah. Namun gejala tidak serius. Ambillah vaksin,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Sebelum itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah melaporkan, terdapat 40 petugas kesihatan dijangkiti wabak itu walaupun sudah lengkap menerima dua dos suntikan.

Menurut Noor Hisham, seramai 31 daripada petugas kesihatan itu (tujuh peratus) dijangkiti kurang dua minggu selepas menerima suntikan dos kedua dan sembilan lagi (dua peratus) selepas tempoh tersebut selain 142 daripada golongan itu (34 peratus) dijangkiti Covid-19 setelah menerima dos pertama vaksin.

Mengulas mengenai perkembangan itu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, suntikan vaksin tidak boleh diberikan hanya satu dos, sebaliknya perlu lengkap dua dos selepas tempoh dua minggu.

“Sebanyak 31 dijangkiti sebelum lengkap vaksinasi iaitu dua minggu selepas dos kedua. Sebab itu tak boleh hanya bagi satu dos dan semua tidak ada gejala teruk.

“Maksudnya vaksin ini berkesan kerana melindungi kita dari gejala teruk Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya