Kadar defisit Malaysia masih rendah - Utusan Malaysia

Kadar defisit Malaysia masih rendah

MUSTAPA Mohamed diberikan taklimat oleh Pengarah DOSM Kelantan Zuraidy Zainal Abidin semasa melakukan lawatan kerja di Wisma Persekutuan, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kadar defisit Malaysia sekitar enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih rendah berbanding negara maju lain termasuk negara pengeluar minyak utama dunia.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kebanyakan negara maju ketika ini mengalami defisit antara 10 hingga 15 peratus, susulan serangan pandemik yang sedang melanda dunia ketika ini.

“Itu realiti hari ini dan perkara ini bukan boleh disorok. Covid-19 ini cabaran ekonomi terbesar yang melanda Malaysia dan negara lain selain perang dunia kedua.

“Kita berhutang disebabkan hasil jatuh dan pada masa sama, keperluan kita meningkat. Kita perlu berbelanja lebih kerana keutamaan kerajaan adalah menjaga keperluan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kelantan di Wisma Persekutuan, di sini dengan iringan Pengarah DOSM Kelantan, Zuraidy Zainal Abidin.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan mengakui kerajaan sudah tidak mempunyai banyak wang, kesan daripada perbelanjaan yang perlu disalurkan berkaitan pengurusan pandemik Covid-19.

Katanya lagi, ekonomi negara dijangka pulih pada kadar enam hingga 7.5 peratus tahun ini, didorong kerja keras kerajaan dalam merangka pelbagai strategi pemulihan terutama mewujudkan peluang pekerjaan dan memperkasakan perusahaan mikro.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, seramai 15 juta penduduk atau 46 peratus daripada 32.7 juta anggaran penduduk pada 2020 telah dibanci setakat 15 April lepas, dengan empat negeri mencatatkan respons melebihi 60 peratus.

Negeri-negeri tersebut adalah Wilayah Persekutuan 100 peratus, Johor 65.4 peratus, Kelantan 60.9 peratus dan Perak 60.8 peratus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya