Jurnal Fiqh Askari rungkai permasalahan ibadat ketika operasi tentera - Utusan Malaysia

Jurnal Fiqh Askari rungkai permasalahan ibadat ketika operasi tentera

DEMONSTRASI Solat Khauf yang diadakan dalam suasana peperangan dan mendepani musuh dipertontonkan sempena Majlis Perasmian Seminar Fiqh Askari di Ilmi, Port Dickson hari ini. UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) akan menerbitkan sebuah jurnal Fiqh Askari yang menyentuh mengenai permasalahan, fatwa, hukum-hakam serta tatacara pelaksanaan ibadat dalam pelbagai operasi ketenteraan.

Ketua Pengarah Kagat, Mejar Jeneral Datuk Nawawi Daud berkata, jurnal yang diterbitkan selewat-lewatnya awal tahun depan itu merangkumkan beberapa siri Seminar Fiqh Askari yang diadakan bersama anggota tentera tahun ini.

“Kami akan mengeluarkan dalam bentuk jurnal berkaitan isu-isu yang ada permasalahan atau fatwa kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Jurnal ini akan disebarkan kepada semua (anggota) sekiranya ada sebarang permasalahan mereka boleh rujuk di jurnal berkenaan.

“Jurnal itu dinamakan Fiqh Askari yang dikeluarkan selewat-lewatnya tahun depan hasil daripada seminar yang kami adakan. Melalui seminar hari ini juga kami telah mengenal pasti 40 isu berkaitan pelaksanaan ibadat terutama ketika berada di medan perang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Seminar Fiqh Askari di Institut Latihan dan Kefahaman Islam (Ilmi) di Port Dickson hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya