Jual racun haram dalam bekas baja - Utusan Malaysia

Jual racun haram dalam bekas baja

SEORANG pegawai pertanian menunjukkan contoh racun 'paraquat dichloride' yang 'dijenamakan semula' sebagai baja foliar yang dirampas Jabatan Pertanian di Kompleks Pertanian Bumbung Lima, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Menjual racun serangga perosak yang diharamkan dalam bekas baharu sebagai baja foliar (baja yang larut dalam air kosong) dan disembur ke anak pokok dalam bentuk cecair.

Itu modus operandi digunakan sesetengah peniaga untuk mengaburi mata pihak berkuasa khususnya Jabatan Pertanian ketika ini.

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Mohd. Nasir Warris berkata, modus operandi itu dikesan hasil rampasan kira-kira 80 tong racun rumpai berbahaya jenis ‘paraquat dichloride’ seberat 17.6 tan metrik yang berkepekatan 42 peratus dan dianggarkan bernilai RM171,212 pada 26 Mac lalu.

Katanya, rampasan terbesar tahun ini itu juga kali pertama melibatkan pengimportan racun makhluk perosak tidak berdaftar hasil maklumat dan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri.

“Racun makhluk perosak yang dirampas ini dikategorikan sebagai gred teknikal iaitu gred yang digunakan bagi tujuan pengilangan untuk menghasilkan produk racun makhluk perosak yang dijual di pasaran.

“Bahan ini jika dikilangkan boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 3,000 tong ‘paraquat dichloride’ berkepekatan 13 peratus iaitu 20 liter bagi setiap tong dengan anggaran nilai RM450,000,” katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Pengarah Maqis negeri, Noriah Dahlan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nasir, ‘paraquat dichloride’ diharamkan di negara ini sejak 1 Januari tahun lepas kerana kesannya yang berbahaya terhadap pengguna sehingga boleh menyebabkan kematian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya