JSPT kutip RM4.22 juta melalui MyBayar Saman - Utusan Malaysia

JSPT kutip RM4.22 juta melalui MyBayar Saman

AZISMAN ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) merekodkan bayaran saman berjumlah RM4.22 juta menerusi aplikasi MyBayar Saman.

Jumlah itu melibatkan 38,306 saman yang dikeluarkan berbanding jumlah terkumpul 803,739 saman dengan nilai keseluruhan berjumlah RM89 juta.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata,seramai 814,622 pengguna berdaftar di aplikasi berkenaan sejak 25 Mac lalu hingga semalam.

Katanya, selain itu, JSPT turut menerima 6,083 aduan berhubung aplikasi berkenaan.

“Sambutan terhadap aplikasi yang dibangunkan sendiri oleh JSPT sebagai satu platform tunggal e-bayaran ini amat menggalakkan.

“JSPT akan mengenalpasti beberapa aspek yang boleh ditambah baik untuk meningkatkan lagi kutipan seperti pendaftaran oleh syarikat, warga asing, had bayaran individu dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador merasmikan pelancaran portal dan aplikasi MyBayar Saman pada 25 Mac lalu bagi membolehkan orang ramai membuat pembayaran saman secara dalam talian.

Tawaran diskaun sehingga 50 peratus turut diberikan sempena Sambutan Hari Polis ke-214 bagi pembayaran dibuat melalui aplikasi berkenaan selama 22 hari bermula 25 Mac hingga semalam.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya