Johor bangunkan sektor pertanian dengan sains, data - Utusan Malaysia

Johor bangunkan sektor pertanian dengan sains, data

HASNI Mohammad (tengah) bergambar selepas menyampaikan replika cek kepada agensi terlibat pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penggerak Utama Agenda Jaminan Bekalan Makanan Negeri Johor di Hotel Holiday Villa Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan memberi tumpuan terhadap penggunaan sains dan pengumpulan data dalam sektor pertanian bagi meningkatkan kecekapan serta memberi nilai tambah untuk sektor berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, ini kerana pertanian adalah sektor penting yang menyumbang 16.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dengan nilai RM16.25 bilion.

Kata beliau, eksport produk pertanian Malaysia ke Singapura sahaja bernilai kira-kira RM8 bilion setiap tahun.

“Apabila saya menyebut penggunaan data dan sains untuk menjayakan Agenda Jaminan Bekalan Makanan, ini bermakna kita perlu mengambil langkah setapak ke hadapan.

“Bukan sahaja sebagai pembekal bahan makanan mentah, tetapi dengan penguasaan sains dan data dalam industri ini, kita mampu menambah nilai pengeluaran produk pertanian dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penggerak Utama Agenda Jaminan Bekalan Makanan Johor di Hotel Holiday Villa, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya