PETALING JAYA: Senarai pegawai dan anggota polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan jenayah terancang diketuai Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee belum diperoleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman. Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah JIPS, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya masih dalam proses mendapatkan senarai individu terlibat dan tidak dapat dipastikan jumlah sebenar. Menurut beliau, JIPS telah berhubung dengan polis Johor bagi mendapatkan maklumat penuh berhubung pembabitan penguat kuasa terbabit. “Buat masa ini, kita tidak dapat dedahkan siapa yang terlibat memandangkan siasatan masih dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Johor. “Selepas itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya