Jejaka Inggeris pilihan Dr. Amalina - Utusan Malaysia

Jejaka Inggeris pilihan Dr. Amalina

MAJLIS pernikahan Dr. Amalina Che Bakri bersama Alexander Charles berlangsung di London Central Mosque, 31 Mac lalu. - IHSAN TWITTER DR. AMALINA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar bedah, Dr. Amalina Che Bakri sah bergelar isteri kepada seorang jejaka Inggeris, Alexander Charles pada Rabu baru-baru ini di London.

Pasangan itu akhirnya disatukan setelah menangguhkan majlis perkahwinannya sebanyak tiga kali sebelum ini.

Majlis akad nikah anak kelahiran Malaysia itu dan pasangannya berlangsung di sebuah masjid di London.

Dalam laman media sosial, Dr. Amalina berkata, mereka berharap untuk meraikan hari yang bahagia itu dengan insan tersayang dan rakan-rakan kelak.

Menurut Dr. Amalina, rancangan awal pasangan itu untuk mengadakan majlis perkahwinan di Malaysia pada Mac lalu dan di United Kingdom pada Jun ini namun mereka mengambil keputusan untuk menangguhnya sehingga pasti semua orang boleh menghadirinya.

“Alhamdulillah, majlis nikah telah berlangsung di London Central Mosque, 31 Mac lalu.

“Walaupun telah menangguhkan pernikahan kami sebanyak tiga kali berikutan perintah berkurung, kami lega kami dapat mengadakan majlis yang ringkas yang dihadiri beberapa ahli keluarga dan teman rapat,” katanya dalam akaun Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya