Jangkitan 10 kali ganda lebih rendah sebelum PICK - Utusan Malaysia

Jangkitan 10 kali ganda lebih rendah sebelum PICK

AHMAD AMZAD HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jangkitan Covid-19 terhadap 40 petugas kesihatan di negara ini disifatkan 10 kali ganda lebih rendah berbanding sebelum Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, berdasarkan statistik, seramai 4,800 golongan itu dijangkiti pandemik berkenaan dalam tempoh 11 bulan dari Mac 2020 hingga Februari 2021 atau bersamaan kira-kira 436 orang pada setiap bulan.

Sehubungan itu, katanya, bilangan 40 kes yang dijangkiti itu adalah sangat kecil berbanding keseluruhan 438,000 petugas kesihatan yang melengkapkan dua dos vaksininasi.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 99.9 peratus petugas kesihatan yang menerima dua dos vaksin tidak terkena jangkitan walaupun mereka adalah barisan hadapan yang setiap hari berurusan dengan pesakit Covid-19.

“Sedangkan risiko jangkitan kini sangat tinggi dengan 2,000 kes sehari berbanding tahun angka puluh dan ratus pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti wabak itu walaupun sudah lengkap menerima dua dos suntikan.

Menurut Noor Hisham, seramai 31 daripada petugas kesihatan itu (tujuh peratus) dijangkiti kurang dua minggu selepas menerima suntikan dos kedua dan sembilan lagi (dua peratus) selepas tempoh tersebut selain 142 daripada golongan itu (34 peratus) dijangkiti Covid-19 setelah menerima dos pertama vaksin.

Bagaimanapun Ahmad Amzad berkata, perkembangan itu selari dengan pelaksanaan PICK yang menyasarkan penurunan signifikan jangkitan Covid-19 tanpa mengancam nyawa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya