Jangan batal janji temu suntikan vaksin saat akhir - Aminuddin - Utusan Malaysia

Jangan batal janji temu suntikan vaksin saat akhir – Aminuddin

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Rakyat di negeri ini yang telah menerima temu janji penerimaan vaksin fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dinasihatkan tidak membatalkannya pada saat akhir.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya menerima laporan, terdapat
102 penerima vaksin tidak hadir pada hari pertama fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pejabat Daerah dan Tanah, Jempol dan Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini.

“Masyarakat Negeri Sembilan mesti mematuhi jadual yang telah ditetapkan, kalau tidak mahu, beritahu awal-awal.

“Kita kata kita sayang barisan hadapan, tetapi, bila kita tak datang, kita sebenarnya menyusahkan mereka kerana mereka terpaksa mencari pengganti tempat kita pada saat akhir,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Menurut Aminuddin, antara alasan yang diberikan oleh mereka yang gagal hadir janji temu berkenaan adalah seperti tidak tahu tarikh menerima vaksin, malah, ada yang tiba-tiba menukar fikiran dan tidak mahu diberi vaksin pada saat akhir.

“Jangan bagi alasan pada saat-saat akhir dan mereka yang terlibat diingatkan supaya mematuhi temu janji yang telah ditetapkan.

“Saya berharap supaya perkara ini tidak berulang dan masyarakat Negeri Sembilan harus hargai komitmen yang diberikan oleh barisan hadapan,” tambahnya.

Dalam pada jelasnya, setakat Isnin lalu, sebanyak 44 peratus rakyat negeri ini telah mendaftar vaksin Covid-19. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya