Janda, isteri orang dicekup AADK - Utusan Malaysia

Janda, isteri orang dicekup AADK

DUA wanita yang ditahan anggota AADK kerana disyaki menagih pil kuda menerusi Ops Hawa di Pasir Puteh, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Janda dan suri rumah antara yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADDK) Pasir Puteh menerusi Op Hawa kerana dipercayai menagih pil kuda dalam dua operasi di Kampung Tasek Pauh, di sini semalam.

Op Hawa yang dijalankan selama tiga jam itu adalah hasil pemantauan dan risikan beberapa hari sebelum membuat serbuan dan soal siasat lanjut bagi mengesahkan dakwaan suspek adalah penagih dadah.

Ketua Pegawai ADDK Pasir Puteh, Azlina Mohd. Zain berkata, menerusi Op Hawa, fokus pihaknya adalah menjejaki golongan wanita yang terjebak dalam kes penagihan untuk tujuan menjalani pemulihan.

Menurutnya, fail latar belakang keluarga diteliti dan sisatan lanjut dibuat sebelum mendapat pengakuan orang kena tangkap (OKT) mengenai kegiatan menagih dadah.

“Latar belakang suami yang sebelum ini menagih dadah didapati mempengaruhi isteri untuk turut sama terjebak. Kita akan jejaki mana-mana isteri yang suaminya ditangkap menagih untuk dibantu.

“Dalam operasi semalam yang bermula pukul 7 hingga 9 pagi, AADK menggerakkan anggota wanita kita ke dua rumah dan menahan janda berumur 31 tahun dan seorang isteri berusia 29 tahun yang suaminya masih menjalani hukuman penjara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azlina berkata, kedua-dua wanita itu masing-masing memiliki dua anak yang berusia di antara dua hingga lapan tahun.

Katanya, mereka dibawa ke pejabat AADK untuk saringan air kencing sebelum ditahan kerana positif Methamphetamine kesan pengambilan pil kuda.

“Mungkin pengalaman bersama orang yang tersayang sebelum ini menyebabkan mereka turut terjerumus dengan kegiatan yang boleh menggelapkan masa depan mereka,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1)Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan)1983.

Dua wanita itu dibenarkan pulang dengan jaminan pegawai di bawah Seksyen 4(1)(a) APD(R&P)1983 pada hari yang sama, kerana kedua-duanya masih memiliki tanggungan anak kecil sementara menunggu keputusan air kencing dari makmal patologi untuk tindakan lanjut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya