Jabatan Kesihatan Perak siasat pelajar dikompaun RM1,500 - Utusan Malaysia

Jabatan Kesihatan Perak siasat pelajar dikompaun RM1,500

CIAPAN di Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berhubung kes tular pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng dikenakan kompaun RM1,5000 kerana tidak pakai pelitup muka. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Kesihatan Perak sedang menjalankan siasatan kes tular pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang didakwa dikenakan kompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitternya awal pagi tadi.

“Siasatan segera sedang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

“Terima kasih atas aduan ini kepada KKM (Kementerian Kesihatan) dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, satu ciapan di Twitter yang dipercayai dimuat naik seorang lelaki menarik perhatian warga maya apabila mendedahkan terdapat pelajar di kolej berkenaan dikenakan kompaun RM1,500 oleh petugas kementerian berkenaan atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di kawasan kolej.

Tindakan petugas agensi terbabit yang disifatkan ramai sebagai tanpa budi bicara itu mencetuskan pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata mempersoalkan kompaun dikeluarkan.

Difahamkan, kesemua pelajar kolej itu telah lima bulan tidak dibenarkan keluar ke mana-mana sejak semester dibuka bagi mengekang penularan Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya