Isu ikan ‘rakyat’ cuma trend bermusim - Utusan Malaysia

Isu ikan ‘rakyat’ cuma trend bermusim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Masalah kekurangan stok ikan kembung di pasaran tempatan sehingga berlaku lonjakan harga pada ketika ini hanya trend bermusim dialami setiap tahun, malah, isu tersebut bukanlah perkara baharu dan pernah disiarkan pelbagai media pada 2017.

Jabatan Perikanan Malaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, penurunan pendaratan spesies kembung ketika musim tengkujuh dan suku pertama tahun ini telah pun mengakibatkan kurang bekalan dan disusuli kenaikan harga agak ketara.

Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan itu juga mendedahkan trend pendaratan ikan kembung adalah paling rendah bermula November dan pola lazim tersebut memang berterusan sehingga bulan Mac/April sebelum bekalan kembali meningkat mulai April/Mei setiap tahun dan harga dijangka turun semula seperti mana normal.

“Keadaan itu berkait rapat dengan stok sumber makanan ikan berkenaan di laut di samping faktor cuaca yang berlaku perubahan sepanjang tahun,” katanya

Semasa bulan Jun/Julai, ikan kembung mudah didapati berada di kawasan perairan Malaysia dan memberi keuntungan kepada nelayan tempatan terutama di Pantai Barat Semenanjung.

Isu ini ujarnya, dapat dilihat berdasarkan data pendaratan spesies itu yang popular digelar ikan rakyat secara kumulatif dari 2008 hingga 2020 di lokasi tersebut adalah dua juta tan.

Angka ini sebenarnya jauh melebihi lapan kali ganda daripada pendaratan ikan kembung di kawasan Pantai Timur Semenanjung iaitu hanya 230,000 tan dalam tempoh 12 tahun itu.

“Fenomena ini dilihat seiring pergerakan arus perairan Pantai Barat Semenanjung menokok jumlah fitoplankton sebagai makanan ikan yang dorong haiwan marin untuk datang,” katanya.

Ini ditambah ciri-ciri semula jadi ikan kembung suka migrasi secara berkumpulan bagi tujuan pembiakan dan mendapatkan makanan berdasarkan kajian dijalankan selama 10 tahun lalu sebagaimana diperakui sekretariat Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara yang berpusat di Bangkok, Thailand yang melakukan penyelidikan sedekad ke atas ikan itu.

Faktor alam sekitar juga ada peranan penting dalam mempengaruhi pergerakan ‘ikan rakyat’ dan tahap kejayaan proses pembiakan yang boleh menyebabkan berlaku lambakan bekalan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya