Isu balak: Kerajaan Negeri Sembilan serah kepada SPRM

Isu balak: Kerajaan Negeri Sembilan serah kepada SPRM

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menyerahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat berhubung isu pengeluaran kayu balak di kawasan Lenggeng.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam hal tersebut dan akan sentiasa memberi bekerjasama kepada pihak SPRM.

“Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung isu tender projek pembalakan di Lenggeng, Negeri Sembilan yang didakwa tidak mengikut prosedur kepada SPRM.

“Pihak kerajaan negeri tidak berkompromi dalam hal ini dan akan sentiasa memberi bekerjasama dengan SPRM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Utusan Online melaporkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin mendesak supaya kerajaan negeri menghentikan kerja-kerja pembalakan seluas 500 hektar di kawasan Lenggeng yang didakwa melibatkan sebuah yayasan negeri ini.

Menurutnya, aktiviti pembalakan berkenaan wajar dihentikan selepas perkara itu kini dalam siasatan pihak SPRM.

Sementara itu, Aminuddin menambah, kerajaan negeri berpendirian bahawa projek tersebut telah melalui proses perolehan tender yang telus serta teratur.

“Sehingga kini kerja-kerja telah dijalankan mengikut peraturan ditetapkan,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN