Ikan sejuk beku tampung bekalan Ramadan - Utusan Malaysia

Ikan sejuk beku tampung bekalan Ramadan

AZMAN Nasrudin (tiga dari kiri) menyampaikan ikan sejuk beku Q'Fish kepada pengunjung Program Jualan Prihatin Rakyat LKIM di Alor Setar, hari ini. - FOTO/NUR ANATI JUHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mempunyai bekalan 20,000 tan metrik ikan sejuk beku Q’Fish yang berupaya menampung keperluan penduduk di negeri ini sepanjang Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Industri Makanan Negeri Kedah, Azman Nasrudin berkata, stok tersebut akan dipasarkan secara maksimum sekiranya berlaku masalah kekurangan bekalan ikan dalam tempoh berkenaan.

“Buat masa ini, tiada masalah bekalan ikan temenung (kembung), selain harganya juga murah.

“LKIM mempunyai bekalan 20,000 tan metrik ikan sejuk beku Q’Fish yang akan dikeluarkan jika bekalan ikan segar berkurangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Jualan Prihatin Rakyat di perkarangan Pasaraya Mydin di sini hari ini.

Ketika ditanya tentang bekalan ayam, menurut Azman, pihaknya juga mendapati ia mencukupi sepanjang Ramadan ini.

“Saya telah bertemu dengan pihak pembekal ayam daripada syarikat Ayam Bismi dan mereka bersedia untuk mengeluarkan bekalan ayam yang mencukupi sepanjang bulan puasa ini,” ujarnya.

Katanya, semua agensi berkaitan akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan bekalan makanan di Kedah adalah mencukupi serta dijual pada harga berpatutan.

Dalam pada itu, beliau berkata, LKIM akan terus mengadakan Program Jualan Prihatin Rakyat yang mana orang ramai boleh membeli hasil laut terus daripada nelayan pada harga murah.

“Hari ini, program jualan ini dilakukan di perkarangan Pasaraya Mydin di Alor Setar dan ia akan dilaksanakan di beberapa daerah lain selepas ini.

“Harga jualan juga adalah antara 10 hingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya