Ibu rindu senda gurau Nor Hayati - Utusan Malaysia

Ibu rindu senda gurau Nor Hayati

HASMAH menunjukkan gambar Nor Hayati yang sering ditatapnya di rumahnya di Bagan Terap, Sungai Besar, Selangor baru-baru ini. – UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Pemergian Nor Hayati Abdullah, mangsa jejambat projek pembinaan Lebuh raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang runtuh bulan lalu semakin dirasai terutama ketika bersahur dan berbuka puasa.

Ibu mangsa, Hasmah Soho, 77, berkata, anak bongsunya itu sentiasa menceriakan suasana dengan senda guraunya bersama ahli keluarga.

“Jika kebetulan semua cucu ada di rumah, suasana pasti gamat kerana Nor Hayati memang bising dan suka bermain dengan mereka.

“Malah, pada bulan puasa juga, rutin arwah adalah menunaikan solat tarawih secara berjemaah dengan saya di rumah. Namun, kini semuanya hanya tinggal kenangan. Saya dan semua ahli keluarga rindukan dia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bagan Terap, Sungai Besar, di sini baru-baru ini.

Dalam tragedi menyayat hati itu, jejambat perancah besi lebuh raya dalam pembinaan tersebut menghempap van kilang yang dinaiki Nor Hayati bersama rakannya, Nuriana Edwin Abdullah, 47, berhampiran Desa Tun Razak.

Kedua-dua mangsa ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Hasmah berkata, anak bongsunya itu akan lebih kerap balik ke kampung bersama kakaknya, Sabahah, 45, pada bulan Ramadan kerana mahu menghabiskan masa bersamanya.

Menurutnya, jika pulang, Nor Hayati atau lebih mesra dipanggil Si Lebar dalam kalangan ahli keluarga akan membeli banyak barang dapur untuk  juadah bersahur dan berbuka puasa.

“Ketika sahur, arwah suka makan nasi dengan lauk ikan masak asam manakala untuk berbuka, dia lebih suka makan kuih-muih yang dibeli di bazar Ramadan berdekatan rumah.

“Malah, arwah bersama kakaknya akan membantu saya sediakan juadah sahur dan berbuka sekali gus memeriahkan suasana,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya