Ibu mengandung lima bulan antara tujuh mangsa kemalangan tiga kenderaan - Utusan Malaysia

Ibu mengandung lima bulan antara tujuh mangsa kemalangan tiga kenderaan

KEADAAN kereta jenis BMW yang remuk teruk dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang mengandung lima bulan bersama-sama tiga anak kecilnya antara tujuh mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang, di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Pegawai Bomba Kanan II, Wan Nor Afandi Wan Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.37 petang.

Menurut beliau, sehubungan itu tujuh anggota beserta sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan itu melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori Isuzu, sebuah BMW dan sebuah Perodua Alza.

“Dalam kemalangan tersebut, hanya pemandu lori yang berusia 50 tahun cedera ringan, manakala pemandu dan penumpang BMW selamat.

“Sementara itu, pemandu Perodua Alza yang merupakan seorang ibu mengandung berusia 35 tahun dan kandungannya berada dalam keadaan selamat, tiga anaknya yang berusia antara 3 hingga 10 tahun juga selamat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Wan Nor Afandi, operasi berkenaan kemudiannya ditamatkan pada pukul 3.19 petang.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya