Hujan dan ribut ujian hari pertama Ramadan - Utusan Malaysia

Hujan dan ribut ujian hari pertama Ramadan

Cuaca hujan lebat di bazar Ramadan Kampung Baru pada hari pertama puasa di Jalan Raja Alang pada 13 April lalu.-UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Hari pertama bulan Ramadan diuji dengan hujat lebat dan ribut sekitar Lembah Klang sehingga menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.

Malah situasi itu telah menyebabkan perniagaan Bazar Ramadan terjejas apabila beberapa khemah gerai rebah akibat ribut kuat.

Antara kawasan terjejas adalah Bazar Ramadan Kampung Baru.

Selain itu, terdapat laluan yang dinaiki air ialah Jalan Kuching di Taman Wahyu menghala bulatan Batu Caves; Jalan Cheras di Cheras Sentral ke bulatan Billion dan kedua-dua arah Jalan Maharajalela berhampiran Stesen Monorail Maharajalela dan Jalan Raja Chulan.

Selain itu, beberapa jalan raya sekitar Bandar Sri Permaisuri juga dinaiki air.

Para pengguna media sosial juga memuat naik beberapa gambar lokasi terjejas

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata berlaku takungan air di beberapa kawasan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, namun setakat ini pihaknya tidak menerima laporan kecemasan susulan kejadian banjir kilat itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya