Hospital swasta jadi Pusat Pemberian Vaksin - Utusan Malaysia

Hospital swasta jadi Pusat Pemberian Vaksin

ADHAM Baba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Fasa dua dan tiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan menjadikan hospital swasta sebagai Pusat Pemberian Vaksin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, tindakan itu adalah mengambil kira cadangan pihak swasta yang mahu bersama-sama kerajaan memastikan imuniti kelompok iaitu 80 peratus dapat dicapai.

“Pihak kementerian bersetuju kerana PICK melaksanakan pemberian vaksin secara percuma dan berdasarkan prinsip hak sama rata mendapatkan vaksin.

“Vaksin secara percuma akan diedarkan kepada semua hospital swasta yang terlibat bagi memaksimumkan dan memperluaskan akses mendapatkan vaksin,” katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan PICK bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di sini hari ini.

Adham berkata, pihak kementerian sentiasa terbuka menerima penyertaan banyak hospital swasta, maka pendaftaran masih dibuka di laman web www.protecthealth.com.my.

Bulan lalu, Adham berkata, pelaksanaan PICK akan dipercepatkan bagi memastikan matlamat imuniti kelompok tercapai sekiranya jumlah vaksin diperoleh lebih banyak.

“Fasa dua dan tiga yang akan dilaksanakan pada April dan Mei ini, akan melibatkan pembabitan pengamal perubatan swasta bagi memastikan matlamat imuniti berkelompok dapat dicapai,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya