Hospital kerajaan Pulau Pinang masih mampu tangani kes Covid-19. - Utusan Malaysia

Hospital kerajaan Pulau Pinang masih mampu tangani kes Covid-19.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Hospital-hospital kerajaan di negeri ini masih mampu mengendalikan pesakit Covid-19 meskipun kes positif harian wabak itu di negeri tidak menunjukkan pengurangan sejak beberapa bulan lalu. 

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Asmayani Khalib berkata, pihaknya sentiasa memantau dengan rapat situasi di hospital-hospital kerajaan terbabit. 

Dalam masa sama jelas beliau, terdapat beberapa hospital swasta di negeri ini ketika ini yang turut memberi rawatan kepada pesakit Covid-19. 

“Selain itu, kita juga ada satu Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 (PKRC) bagi kes kes Kategori 1 dan 2,” katanya di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemampuan hospital-hospital kerajaan di Pulau Pinang ketika ini dalam mengendalikan kes positif Covid-19 sekiranya kes positif terus menunjukkan trend peningkatan. 

Ini berikutan beberapa buah hospital kerajaan negeri seluruh negara dilaporkan dalam keadaan kritikal berikutan hampir mencapai kapasiti penuh katil untuk merawat positif Covid-19. 

Pulau Pinang mencatatkan sebanyak 158 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan kes aktif ketika ini sebanyak 674 manakala kumulatif kes sebanyak 19,556. 

Setakat kelmarin juga, terdapat sebanyak 15 kluster aktif di negeri ini kini dengan lapan daripadanya membabitkan sektor perkilangan; pendidikan (3); sosial (2) dan masing-masing satu kluster pusat tahanan dan lain-lain. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya