Henti sebar berita palsu mayat rentung ialah Kak Yah - Utusan Malaysia

Henti sebar berita palsu mayat rentung ialah Kak Yah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan berita palsu yang mengaitkan mayat rentung di Kampung Padang Air di Kuala Nerus dengan kehilangan seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Yah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, sehingga kini mayat berkenaan masih belum disahkan identitinya dan tidak diserahkan kepada mana-mana ahli keluarga.

“Tular dalam media sosial kononnya mayat rentung adalah kak yah dan mayat berkenaan sudah diserahkan kepada ahli keluarganya di Bukit Bading di Ajil, Hulu Terengganu bagi urusan pengebumian.

“Maklumat itu tidak benar kerana mayat masih belum disahkan identiti dan tidak diserahkan kepada sesiapa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Marzukhi berkata, individu yang menyebarkan berita palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Malah, katanya, pesalah juga boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKMM) dengan hukuman denda RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN