KUANTAN: Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) bersetuju Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan kerana secara tidak langsung pembelajaran berasaskan peperiksaan tidak lagi menghantui murid dan guru malah waris beserta masyarakat. Sebaliknya, setiap murid akan dinilai berasaskan keupayaan atau potensi mereka sesuai dengan pengembangan diri dan kebolehan mereka. Guru-guru tentunya akan lebih kreatif untuk membimbing murid mencari ilmu, kemahiran dan nilai bagi membina karakter supaya berkeyakinan tinggi dan sesuai dengan peredaran semasa serta kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presidennya, Jasni Md. Kechik berkata, dalam hal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya