Harga RM7.90 bunuh peniaga ayam - Utusan Malaysia

Harga RM7.90 bunuh peniaga ayam

MOHD. Anuar Mohd. Rashid memotong ayam di kedainya yang dijual pada harga RM7.90 sekilogram di Pasar Bukit Besar, Kuala Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: “Beli daripada pembekal RM7.90 sekilogram dan jual kepada pelanggan pun pada harga sama, macam mana kami nak hidup kalau sebulan berniaga tanpa hasil begini?”

Demikian keluhan beberapa peniaga ayam di Pasar Bukit Besar di sini yang sudah berputus asa untuk meneruskan perniagaan masing-masing susulan penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) yang tidak berpihak kepada mereka.

Bagi Mohd. Anuar Mohd. Rashid, 36, langkah kerajaan untuk menyekat kenaikan harga barangan basah itu bagaimanapun tidak bersifat menyeluruh, sebaliknya hanya membunuh masa depan golongan peniaga yang kini ibarat kain pagi, makan pagi.

“Kalau ikutkan, memang sudah tiada hati nak menjual, tetapi, nanti keluarga di rumah nak makan apa?

“Sepanjang 16 tahun saya berniaga, isu harga ayam tidak pernah selesai dan jika ingkar arahan ditetapkan, kami juga yang disaman seolah-olah semuanya salah kami sedangkan punca sebenar harga melambung adalah dari ladang,” katanya ketika ditemui hari ini.

SHMMP dikuatkuasakan bermula hari ini hingga 20 Mei depan dan antara barangan yang terlibat ialah ayam standard sebanyak RM7.90 sekilogram manakala daging lembu tempatan RM34 sekilogram.

Menurut Mohd. Anuar, sejak awal Ramadan lalu hingga kini, jualan ayam di pasar itu kurang mendapat sambutan, malah, kesemua tujuh peniaga di situ terpaksa menanggung kerugian kerana bekalan yang tidak laku.

Katanya, selain faktor harga, situasi itu turut dipengaruhi oleh lambakan peniaga ayam di kawasan penempatan penduduk sekali gus menyebabkan orang ramai tidak lagi memilih ke pasar untuk membeli barangan basah.

Seorang lagi peniaga, Hazriwana Mohd, 40, walaupun perit, namun, dia tetap membuka perniagaan hari ini, namun, tidak pasti sejauh mana dapat bertahan dalam tempoh sebulan yang ditetapkan.

“Ada kawan-kawan lain memberitahu mereka nak langgar arahan ditetapkan dengan menjual RM8.70 sekilogram kerana tidak sanggup menanggung kerugian besar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya