Harga melambung, kerajaan bincang keluar AP ayam - Utusan Malaysia

Harga melambung, kerajaan bincang keluar AP ayam

ROSOL Wahid memeriksa harga ayam di Pasar Cabang Tiga di Kuala Terengganu hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan tidak menolak kemungkinan mengeluarkan permit import (AP) bagi membawa masuk bekalan ayam segar ke negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pemberian AP kepada pengimport yang berminat diyakini bakal menyelesaikan masalah harga bahan mentah yang melambung tinggi ketika ini.

Katanya, satu perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan diadakan segera untuk memuktamadkan cadangan itu.

“Pengeluaran AP akan dilaksanakan jika penternak masih berdegil dan menangguk di air keruh.

“Lambakan ayam import akan menstabilkan semula harga sekali gus memberi kesan baik kepada pengguna,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau harga barang di Pasar Cabang Tiga di sini, hari ini.

Menurut Rosol, tinjauan mendapati harga ayam di pasar berkenaan sudah mencecah RM10 sekilogram dan mungkin berlaku lagi kenaikan sekiranya tiada sebarang tindakan diambil.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memantau situasi sebenar di ladang-ladang sama ada kenaikan harga ayam adalah disebabkan harga makanan ternakan dan bukan untuk mengaut keuntungan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya