Harga barang naik: Tindakan kerajaan mendukacitakan - Utusan Malaysia

Harga barang naik: Tindakan kerajaan mendukacitakan

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Aliran kenaikan harga barangan tanpa tindakan segera oleh kerajaan dan kementerian terlibat disifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mendukacitakan dan amat dikesali.

Ini kerana menurut beliau, ia berlaku ketika rakyat sangat terbeban dengan masalah kemiskinan dan pengangguran, namun, tiada tindakan sewajarnya diambil oleh kerajaan.

“Tidak boleh beban macam ini, orang susah, pengangguran tinggi, kemiskinan bertambah, harga barang meningkat, namun, daripada segi kementerian dan kerajaan, senyap sunyi, ini memang sangat mendukacita dan dikesalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Majlis Guru Besar Daerah Port Dickson dan Serahan Tablet Komputer Kepada Kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah serta Penyampaian Sumbangan Kepada Masjid dan Surau di Port Dickson di sini hari ini.

Tambah Anwar, ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir, isu kenaikan barangan akan segera ditangani malah menerusi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada ketika itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempunyai pasukan petugas khas bagi menanganinya.

“Bukan sahaja masa PH, ketika saya jadi menteri dulu, kalau jadi begini, riuh, panggil mesyuarat, jawatankuasa, atasi masalah ini. Bawa penguatkuasaan, tengok bekalan, ini tidak, seperti tiada apa-apa tindakan,” katanya lagi.

Peningkatan harga barangan kebelakangan ini termasuk barangan basah seperti ayam menjadi isu, bukan sahaja dalam kalangan pengguna malah rungutan juga diterima dalam kalangan peniaga yang mendakwa harga yang semakin tinggi berpunca dari peringkat ladang dan orang tengah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN